Monday, June 28, 2010

Sotong Oriental


Akhirnya lepas gak kempunan nak makan lauk sotong ni untuk lunch semalam. Dah lama merancang dr dapur MaDiHaA sampai la K.Ayu S'pore. Nak wat cemana, over the weekend je la kalau nak pulun masak pon. Hari2 biasa ni x sempat, kita grab je apa yg mudah. Kat rumah ni kalau nak try resepi2 sotong memang laju je, sebab 3 hero tu mmg hantu sotong. Apa-apa pon, resepi ni memang oriental lah. Harus dibuat lagi & lagi & lagi ... ^_^. Kita ikut sebiji cam resepi ni cuma tambah sket perahan jus limau & omit cili hijau tu.

SOTONG ORIENTAL
Sumber: Aliza Mansur

500 gm sotong ~ bersihkan & potong then dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)
sedikit perahan jus limau nipis (Ain tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan

Lauk sotong ni kita gandingkan cendawan & brokoli goreng.

1 comment:

  1. salam ain,
    wah dah buat sotong oriental tu ya..
    sedap nampak yang ain punya tu..
    nak mintak mesti dah habis kan..akak jilat tapak tangan aje ler..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...