Tuesday, June 29, 2010

Kuih Bakar Kentang @ Bingka Kentang


Sambil masak lauk sotong semalam sempat la godek kuih ni utk minum petang, kebetulan sama plak timingnya dgn si Izah Muffin tu. Ternampak last week kat blog As. Sebagai peminat bingka, terasa2 la nak makan bila tgk gambarnya tu. Tu yg terus cuba gak semlm, malasnya pasal nak keluar maka tak de la make-up kan ngan bijan. Dah berangan nak bakar dlm acuan bahulu pecah lapan, tapi acuan tu ada kat rumah mak la pulak. Memang sedap, lembut, lemak cukup rasa. Memenuhi la kriteria bingka yg sedap, kalau tabur bijan lagi best! Manis pon sedang2 je sbb kita tukar gula tu dgn brown sugar. Dan kita tambah sket air daun pandan. Teringat bingka pandan yg dicuba sikit masa dulu, tapi sbb x simpan kat sini ... salin kat kertas je, jenuh gak la ni nak mencari mana letak hari tu. Oh ya, bingka ni kalau ikut tekak kita mmg sedap makan masa dia suam2 kuku ... Resepi ni hasilnya sikit je tau, kita copy dr As.

KUIH BAKAR KENTANG
Sumber: K.Jun

2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek

1 biji telur
2/3 cawan gula - Ain ganti dgn brown sugar + 2 sb gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau - Ain tambah sedikit air daun pandan
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan

Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.

* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...