Monday, July 5, 2010

Ayam Goreng Mayonis


Ni menu Sabtu malam ... kes malas nak masak sbb hubby kenyang; xnak dinner. Maka teringat la nak cuba ayam ni. Resepi dari rumah Dayang Jack, thank you dayang. Sebenarnya tepung goreng ala kfc pon xdak tp malas nak gi kedai... so hantam je la bancuh tepung ala2 kfc... hihi... pastu masuk sebiji telur kat dalam adunan tu. Anak2 pon makan syok je siap cicah sos cili lagi ;)

AYAM GORENG MAYO
(Sumber: Dayang Jack)

10 ketul ayam
1/2 cawan tepung goreng serbaguna ala KFC (letak lebih pun ok)
sedikit air sejuk
1 sudu makan mayonis

Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar selama 30 minit (simpan dlm fridge). Sediakan kuali dan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak sudah cukup panas. Gorenglah ayam hingga masak keemasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...