Tuesday, July 6, 2010

Dinner Hujung Minggu: Sotong Sos Tiram & Madu


Menu dinner hari ahad pulak ... masak yg sempoi je sebab letih berjalan siang hari cari ganti beg sekolah anak bujang yg sulung yg dah koyak. Awal tahun hari tu naik sekolah x beli beg kat dia sbb beg tahun lepas masih ok. Menu simple ni hasil ilham rasa I yg kadang2 buntu nak masak masakan yang simple tapi boleh pancing anak2 makan. Mmg hubby & anak2 punya all time fav. Nak2 menu sotong. Si abang tersenyum lebar je bila makan hari tu. Hubby yang asalnya xnak makan pon x tahan godaan cari nasi gak. Resepi seperti dibwh, tapi sukatan tu I agak2 je ok, sbb biasa masak lauk ni ikut suka je.

SOTONG SOS TIRAM & MADU

1/2kg sotong dibersihkan & dicelur sebentar, toskan airnya
3-4 ulas bawang putih - cincang
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu - boleh ganti dgn gula kalau xde tp kurangkan sedikit
1/3 cawan air
Sedikit jus lemon/limau nipis
Daun bawang - dihiris
1-2 tangkai cili kering - jika ingin pedas

Ambil 3/4 bhgn dr bwg putih yang dicincang, goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
Campur bhn sos - sos tiram, madu & air.
Tumis baki bwg putih hingga wangi. Boleh masukkan cili kering jika ingin sedikit pedas. Masukkan sotong & goreng sebentar (I prefer sotong tu garing sedikit). Masuk bahan sos & sedikit je garam utk lebih umpphh sbb sos tiram dah masin masak hingga kuah nampak sedikit likat. Masukkan jus lemon & daun bwg yg dihiris dan masak lagi 1-2 minit. Semasa menghidang, taburkan bwg putih yg digoreng tadi. Yang ni xde stok daun bwg, togel je.

2 comments:

  1. e eh, macam cendawan lak rupa dia ek

    ReplyDelete
  2. haha... cik gerau ni mmg buat org x kering gusi la. cendawan pon cendawan la, janji sodapp!

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...