Thursday, July 1, 2010

Bingka Jagung


Ok, ni my 2nd kitchen therapy selepas dpt tenaga minum punch kat bawah tu ^_^. Masih lagi mood membingka nampaknya sbb bahan2 tu sume mmg ada kat rumah, konon beli nak buat 2nd round puding jagung ... asyik la tak kesampaian. Ni bingka ni berjaya pun sbb Izah dah suntik mood ... hihi. Lagipun senang je ... masuk semua bahan, kacau, pastu bakar. Sedap bingka ni, cukup rasa lemak, manis sedang2 aje, lembut je terasa kat lidah. Tak de apa yg I tokok tambah cuma I terlebih layan perasaan kot aritu, dah tertuang 1 tin terus susu cair tu. Mmg dah cuak gak bila tgk bancuhan tu cair mcm batter kuih ketayap dah, tapi sbb yakin dgn resepi2 kak Hanieliza yg pernah dicuba... buat2 konfiden je lah. Tapi masa bakarnya dah jadi panjang sket la hari tu, lebih kurang 1 1/2 jam gak. Ni resepinya yg I copy dr blog Izah ye. Actually sampai kesudah x sedar lagi tau kuih tu terlebih susu. Bila dok salin balik resepi lepas tu baru perasan ... sabar je la. Nasib baik jadi, kalau x habuan cik tong la jawabnya ;) Ni resepinya yg I copy dr blog Izah ye.

KUIH BINGKA JAGUNG
Sumber: Chef Hanieliza

1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
3 s/b butter/majerin cair

1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...