Wednesday, July 28, 2010

Mi Udon Goreng Lada Hitam


Menu sarapan anak2 pagi tadi. Saja je goreng udon pulak, nak pancing tekak dorang makan pagi. Alhamdulillah laku. Dapat resepi dr majalah, tapi dah lupa namanya. Kalau nak cuba, ni resepi asalnya...

MI UDON GORENG LADA HITAM
300g mi udon
100g daging kisar
50g tauge - xde tak letak
20g cili hijau & cili merah dimayang
10g daun kucai - xde tak letak
10g serbuk pati ayam
30g sos tiram
5g gula
10g sos soya hitam
10g lada hitam
I tambah >< 2 sb sos tomato & sedikit carrot

Celur mi dgn air panas hingga lembut
Panaskan kuali dgn sedikit minyak & masukkan daging kisar. Bila dah masak, ketepikan.
Tumis lada hitam hingga naik bau. Masuk mi udon. Tambah bahan2 perasa & sos. Kacau sebati.
Masuk tauge, cili hijau, merah, kuchai & daging tadi.
Gunakan api besar & kacau hingga masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...