Tuesday, January 25, 2011

Ayam Sampah Che Jah


Salam u all... nak share menu lunch hari ahad hari tu ;),  I namakan Ayam Sampah Che Jah sbb resepi arwah mak mertua yg ku belajar dr abang ipar. Masa baru2 kawin dulu ...dengar nama lauk ni, tertanya2 I apa 'special'nya ... ayam sampah? macamana la rupanya? dalam banyak2 nama, kenapa sampah? Dalam gelak2 abang ipar pon explained... sbb main lebur je semua bahan masuk dlm kuali, terus masak. Lauk ni menurut kata hubby, biasanya antara menu pilihan mak & family dia bila gi berjalan secara konvoi & bawa bekal. Sebab x berkuah, & tahan lama.

Resepinya ringkas aje - semuanya bahan2 basic yg patut ada kat rumah. Lebih sedap menggunakan kunyit hidup dr yang serbuk. Bila makan, gandingkan dengan sambal belacan & ulam-ulaman sket... dapat nasi panas2 tu memang terangkat lah.. boleh bertambah2 makan ni. At times bila i malas nak buat rendang or kuah kacang, tapi rasa nak makan nasi himpit .. cicah je dgn serdak2/sambal ayam sampah ni, sedap jugak tau.. yg penting, lebihkan sikit la bahan2 tumis tu supaya dpt lebih sambalnya utk cicah nnt.

Resepi ni asalnya x la pedas pon sbb penggunaan lada merah hidup tu sikit je.. tapi tekak org Melaka cam I ni, x terasa cili sket x sah... maka I tambah 1-2 biji cili padi.

Ayam Sampah Che Jah

1/2 ekor ayam (>< 500g) ~ potong & bersihkan
2 biji bawang besar ~ dikisar
11/2 inci halia ~dikisar
1/2 inci kunyit hidup ~ dikisar (guna serbuk kunyit jika tiada)
1 - 2 biji lada merah ~ dikisar (bergantung kepada kepedasan yg diingini, boleh juga tambah 1-2 biji cili padi)
Sedikit air & garam
Sedikit minyak (kuantiti minyak ni cukup sekadar seperti minyak utk menumis sayur goreng)

Masuk ayam yang dah dibersihkan ke dalam kuali. Masukkan juga bahan-bahan kisar & sedikit air. Masak sehingga kuah kering & ayam empuk. Bila rempah2 dah agak kering, tuangkan sedikit minyak di sekeliling kuali & goreng sebentar. Biarkan garing sedikit & boleh la diangkat & hidangkan.

8 comments:

  1. boleh di cuba ayam sampah ni..ahaha namanya buat tk lalu jap nk makan :D
    anyway, i suka ayam2 jenis mcm ni..nk kurangkan mkn santan la katakan :D

    ReplyDelete
  2. haha... zarin, tu la pasalkan.. kalau dgr nama jer, cam x lalu. cuba buat n rasa, terlebih suka pulak karang ;)

    ReplyDelete
  3. salam ain,
    wah boleh cuba ni..memang senang nampak cara2 & bahan2nya u..thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. salam ayu.. sila2.. ;)mmg sempoi je resepi ni

    ReplyDelete
  5. salam ain...mcm best je ayam ni...hehe...nnt ada stok ayam leh try =)

    ReplyDelete
  6. w'salam.. mmg sempoi je resepi ni .. try la, semua bhn2 yg mmg ada di rumah

    ReplyDelete
  7. ngerinya ain dgr nama ayam tu tp kalo tengok ayam yg ain masak tu xdak rupa sampah langsung pun.. nampak sodap adalah

    ReplyDelete
  8. yani ni nama bukan saya yg beri ;) nama tu belakang kira .. yg paling penting rasanya tu ... ^_^

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...