Sunday, January 23, 2011

Ikan Goreng Cili Garam


Menu lunch yang dimasak awal tahun aritu. Baru now sempat nak share. Simple je, ala2 goreng sambal. Bezanya sbb letak daun limau purut & perahan air limau. Resepi dr majalah Rasa isu Feb 2010. I xde stok jenahak kat rumah, cuma guna ikan tenggiri je tapi hasilnya tetap ummpphh!

Ikan Goreng Cili Garam
(Sumber: Rasa Feb '10)

800g ikan jenahak
100g tepung ubi kayu
50g bawang merah ~ kisar
100g bawang putih ~ kisar
350g cili merah ~ kisar
15g daun limau purut ~ dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng & menumis

Bahan Hiasan:
Timun,kacang panjang & limau kasturi

1. Ikan jenahak dibersihkan, disalut tepung ubi kayu & digoreng hingga keperangan. Angkat & ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Perasakan garam & gula & tabur daun limau purut yg telah dihiris tadi.
3. Tuang sambal di atas ikan yang digoreng tadi. Hiaskan dgn timun, kacang panjang & limau kasturi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...