Friday, June 17, 2011

Ammar .. mangsa rumah hantu Kak Senah

Antara aktiviti the kids tempohari masa cuti sekolah tu ialah menerokai rumah hantu .. hehe. Ni semua idea penyelia kem yg baru sampai dari KL masa tu la. Dalam pada takut, menangis, terjerit2 masa 1st time tu, masing-masing request lagi esok malamnya. Second night ... hantu2 nya dah kasi up lagi tahap keseraman, siap ada make up artist, script bagai. Kak Senah aka pakar kaunseling pon beria-ria bagi talk tiup semangat.  My anak si muncung pingu tu tunjuk macho offer diri nak jadi 1st person masuk. Dr luar yg lain ni dah cuak bila dengar suara si hafiy menjerit & menangis. Keluar pon still menangis lagi. So yg lain2 ni step back xmo masuk ... yg kelakarnya, dah semua takut, si penjaga tiket rumah hantu tu pulak merayau-rayau cari org nak suruh masuk. Tak mahu rugi bisnes katanya .. ;)
 

Penangan dr rumah hantu Kak Senah ... habis semua yg masuk tu demam, pening kepala (>_<). Yang kat bawah ni salah sorang darinya.


Bila ammar dah demam, cik siah pon dah naik amuk .. nak disekeh kepala penjaga tiket rmh hantu & hantu2 yg t'libat.. TAPI ... adakah dia sedar, anak dia yg sedang meningkat remaja tu salah sorang dr hantunya? Jangan x tau, tukang jaga tiket pun demam gak! ahahaha ...


Waktu ni dia tgh excited & tak sabar tunggu krew-krew rumah hantu buat persediaan.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...