Tuesday, June 14, 2011

Ayam Negro


Satu lagi resepi yang sangat tak tertahan nak cuba bulan lepas. I terjumpa kat fb 1001resepi. Apa yang menarik minat I sangat tu sebab bahan-bahannya saaangat sempoi & mudah didapati kat rumah. Memang x sia-sia la mencuba sebab ketiga-tiga hero ku itu makan bertambah-tambah sebab dah berkenan sangat kat lauk ni. True enuff cam kak Ida kata rupanya mmg x menarik tapi menjilat jari I tell you !!! Haziq rate lauk ni .. ultimate power sedap, bagi markah infinity la .. entah apa-apa la dia sekarang, sikit2 ultimate ... haha ...(^_^) Sebab tayang lauk ayam, kita pakai pinggan gambar ayam lah ye.

Untuk yang nak mencuba, ni I copy exactly dari blog kak Ida ye ... bagi I sekeluarga mmg sedap, tapi kalau x kena dgn selera u all ... ampun maaf dipinta ;) Citarasa kita semua berbeza kan .. tepuk dada tanya selera!


Ayam Negro
Sumber: 1001resepi

resepi ni hanya menggunakan bawang merah dan bawang besar yang digoreng terlebih dahulu. macam kita buat bawang goreng tu. untuk seekor ayam saya guna 15 biji bawang merah kecil dan 1 biji bawang besar. cincang bawang dan goreng kekuningan, jangan hangus. biarkan sejuk sebentar kemudian blender bawang goreng tadi dengan sikit air. ayam potong kecil dan gaulkan hanya dengan garam sahaja. goreng sehingga 3/4 masak. ketepikan.

panaskan sikit minyak dalam kuali dan masukkan 3 sudu besar cili blender (optional) dan kacau wangi. masukkan bawang goreng blender tadi kedalam kuali dan tambahkan beberapa sudu air kacau sebentar. masukkan ayam tadi dan campurkan kicap manis dan kicap masin sahaja (banyak). kacau lama sehingga ayam benar-benar mesra dengan kuah sosnya.

ayam ni rasanya mesti manis dan sedikit pedas ya.....

kalau tak cukup masin dan manisnya, tambahlah garam dengan gula sikit. ayam ni menjadi sedap kerana aroma dari bawang yang telah digoreng terlebih dahulu. 
 

Antara koleksi fridge magnet kesayangan .. a bit frustrated dulu sbb melepas nak collect yg huruf B tu.
 
 

6 comments:

  1. nanti i cuba plak ye..my hb suka ayam yg ala ala negro gelap gelap ni ;-))

    ReplyDelete
  2. Ain.. itu jer bahan2 nyer? Mudah sgt2 tuh blh masuk list dulu lah... blm cuba blm tahu kan bila dah cuba baru tahu...ki3x apalah mama nih terbelit2 plak mlm2 ari :)

    ReplyDelete
  3. bawang goreng memang sedap nanti nak try
    rupa memang dah gelap cam Negro da errr kalu kat US tak leh sebut N tu sentisip :)

    ReplyDelete
  4. Ala ala aym cili makcik cuma dia negrokan. Nanti nak cuba...sure dia org suka.

    ReplyDelete
  5. emm sedap ni..lama x singgah sini...

    ReplyDelete
  6. zarin:
    cuba jgn x cuba (;_<)

    mama:
    ma .. bestkan. aroma bwg goreng tu yg bangkitkan rasa.

    ermayum:
    betul 3x .. bwg goreng mmg best! oh ya, shud i change d name then? Ayam Gelap?

    makcikkantin:
    ada persamaan resepi makcik eh?

    eina:
    cuba nnt ye eina. ain dah terpikat lak kat nasi lemak hujan panas eina tu lepas tgk mamahawa buat. nnt nak cuba gak ;)

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...