Wednesday, June 29, 2011

Puding Keju


Dah lama teringin nak buat puding ni ... dr masa Along Roz dok tayang lagi. Sebab x cukup bahan, last2 terlupa ... sampai la ternampak K.Nor buat baru la teringat. Sebab musabab lain yg menguja kan I ialah excited nak pakai mold agar2/puding tupperware yg lama mengidam nak beli tp dah kehabisan stok hari tu ... hehe ..

PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm acuan.

3 comments:

  1. cantiknyer berkilat memancar2! :)

    ReplyDelete
  2. memang berkilat..licin jer...masuk mulut pun licin laju jer ni...confirm

    ReplyDelete
  3. K.Nor:
    hehe k.Nor, leh buat cermin muka tau! ni kes jeles nengok org tu nye acuan puding la ni .. haha

    Nazrah:
    bak kata knor memancar2 gitu. mmg smooth je masuk mulut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...