The kids lunch menu on Tuesday. I was on leave that day menguruskan budak-budak sbb Mak ke hospital. Terpikat tengok nasi ni kat blog Mama Hawa. Cantik sungguh kaler nasi dia. Mine was a bit dull sebab I takut bermain kaler terlampau terang sgt. I ikut style mama ... gandingkan dgn Ayam Negro .. mmg superb lah! Thank you ma .. ^_^ Thanks gak kat E-na yg mencetuskan idea utk nasi ni. Budak-budak kat rumah ni excited sungguh nak makan nasi kaler2 ni tau.
Resepi Nasi Lemak Hujan Panas
Sumber: Ena- Lovely Kitchen
Bahan-bahan :
- 500g beras (e-na campur 1:1 beras jepun dan beras thai)
- 200ml santan pekat
- 500ml air
- 1 sudu kecil garam halus
- 1/2 inci halia (di hiris 4)
- 1/2 sudu kecil halba
- 1 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
- 1 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau, merah dan kuning
Cara Memasaknya :
- Beras di bersihkan. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna.
- Masak nasi seperti biasa.
- Kacau beras sebelum kering supaya santan sebati dengan nasi.
- Apabila nasi telah kering, 5 minit yang terakhir sebelum nasi masak buatkan 3 lubang.
- Titikkan 3 warna yang berbeza pada setiap lubang. Dalam 2-3 titik untuk setiap warna.
- Gaul warna di sekeling lubang sahaja. Jangan bercampur dengan warna lain nanti hasilnya tidak cantik. Tutup rice cooker dan biarkan nasi masak.
- Selepas 2 minit nasi masak baru gaul keseluruhan nasi.
TIPS MENDAPATKAN WARNA NASI YANG SEKATA CANTIK.
- Jangan gaul semua warna semasa nasi belum masak. Air yang belum betul2 kering akan menyebabkan warna bercampur
Next time boleh guna 300ml santan pekat sbb I suka nasi lemak yg lebih lemak sket.
wah kat cnie pun ada nasi lemak hujan panas ler... cantik... bertambah lg lapar tgk nasi nie tau.. sedaaapnya..
ReplyDeletesalam ain..sedap kan nasi ujan panas...cam panas n ujan cuaca sekarang ni..hehehe
ReplyDeletecantiknya nasi lemak buat color2 camni. masuk list boleh cuba nanti ni..
ReplyDeleteDiana:
ReplyDeletepe lagi. cepat gi buat ^_^
eina:
Tq ye for d recipe ;)
niey:
jgn dok dlm list je. nnt buat tau!
tergoda dengan ayam negro tuuuu
ReplyDeletekak gerau ... u minat ka yg gelap2 ni .. hihi. kalau camtu apa lagi, sila la meNegrokan ayam ;)
ReplyDelete