Wednesday, July 6, 2011

Banana Chocolate Chiffon Cake


Dah lama tak men'chiffon' kat dapur. Bila nampak kat dapur Tun hari tu tergoda lak nak rasa kek chiffon yg berpisang. Dia pulak mentioned dah buat berkali-kali, mesti best kan. Memang best pon kek ni. Tak percaya? Masuk dapur cuba sendiri ye. Sebab kegebusannya tu x sampai 2 hari dah habis ... walhal kami 2 org je yg makan. Sumber asalnya dr dapur Rima.

Banana Chocolate Chiffon Cake / Kek Chifon Pisang Coklat
Sumber: Rima, K. Ita, Tun

Bahan A
20 g serbuk koko - I guna dark choc powder
60 ml air panas
100 g pisang - dilenyek atau kisar halus
35 g minyak masa
1/2 sudu kecil paste coklat - tak de, x letak
75 gm gula caster
5 biji kuning telur

Bahan B
85 g tepung kek
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan C
5 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam halus
75 gm gula caster

Larutkan serbuk koko dgn air panas.
Bancuh bahan A hingga sebati. Masukkan B yang telah di ayak dan gaul hingga sempurna.
Pukul putih telur dan garam di C hingga kembang. Kemudian tambahkan gula castor dan pukul lagi hingga kental dan bertanduk.
Ambil 1/4 bahagian putih telur dan gaulkan dgn adunan kuning telur dan sebatikan hingga rata.
Masukkan semua baki putih telur dan gaulkan lagi adunan hingga rata semuanyer.
Tuangkan adunan ke dalam acuan kek angel pan berdiameter 22 cm. bakar pada suhu 170C selama 70 minit. Ita bakar selama 1 jam suhu 160C mengikut kepanas oven.


Terlebih sket buh pisang aritu, jadi cake turned out gebus sungguh & lembab2 sikit. Jangan risau kalau kek seakan-akan basah diluarnya..Insya-Allah kat dalamnya masak.

5 comments:

  1. mas pun dah lama tak mencipon...
    sedappnya tengok kek cipon tu...

    ReplyDelete
  2. Mas:
    jom buat mas, mas kan suka godek benda2 yg ada pisang ni kan ;P

    ReplyDelete
  3. sedapnya tgk kek ni ain...saya ni kalau selalu buat kek tak ada org nk mkn...sendiri juga kena mkn tu yg masalahnya..tapau sini lah skit..hehe

    ReplyDelete
  4. kek nie nampak sedap.. bab pisang nie mmg suka sgt... tp yg nie belum perna lg cuba buat... mmg nmpk sedap tu

    ReplyDelete
  5. Nieza:
    ala ... ciannya dia, nak bg dh habis lah u. u buat, pastu pas sket kat jiran tetangga, mesti dorang happy dpt mkn kek free ^_^

    Diana:
    Diana .. mmg best tau. Gerenti x rugi mencuba. Cuma kalau suka kurang manis, boleh kurang sket lg gula tu sbb pisang tu nnt pon dh manis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...