Saturday, August 13, 2011

Bubur Som Som - (Iftar 7 Ramadhan 1432H)


Ternampak kat dapur Wana hari tu, rasa teringin pulak. Terus buat utk iftar. I pun ikut Wana, malas nak mengukus. Lepas dah masukkan dlm bekas terus simpan dlm peti sejuk. Next time buat nak tambah sikit air sbb tahap gegar som som I buat ni, kurang menepati piawai tekak ;)

Resepi Bubur Som-som  
( Sumber: dapur Kak intan )

Bahan bahan nya:-
1 cawan tepong beras
4 cawan santan pekat
2 helai daun pandan yang disimpul
sedikit garam

1. Kacau sebati semua bahan bahan ini didalam periuk yang bersesuaian,diatas api yang perlahan sehingga pekat.
2. Apabila nampak berkilat, angkat dan masuk kan dalam acuan atau pun loyang.
3. Kemudian dikukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Masa makan nya curahkan pula air gula yang telah dimasak bersama sama dengan daun pandan juga sedikit gula pasir untuk tambah manis.
5. Nak lagi sedap simpan atau sejukkan nya didalam peti ais terlebih dahulu

** Versi saya : saya tak kukus.. lepas masak dan kacau atas api hingga pekat terus letak dalam cawan kecik2… kemudian sejukkan…  dan bleh terus di hidang bersama air gula melaka…




5 comments:

  1. salam ain... bulan puasa ni mmg best makan bubur som2 sejuk2 kan...nyaman je kat tekak...

    ReplyDelete
  2. sedappp!! mudah jg nak sediakan. :)

    ReplyDelete
  3. wana:
    aah ... sedap sbb sejuukk je lalu kat tekak, kan.

    deashuQin:
    apa lagi, gi buat ye ;)

    deliah:
    del, mmg mudah je kan. tp lupakan sekejap la kolestrolnya tuh.

    ReplyDelete
  4. favourite hubby akak ni ain..dah lama tak buat..mesti dia suka kalau akak buat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...