Friday, August 12, 2011

Roti Jala & ...

Assalamualaikum ... rindu nak menconteng kat sini .. tapi x sempat memanjang. 2 hari lepas pulak I EL, the only aunty sebelah hubby telah kembali ke rahmatullah jam 3 pagi, 3 Ramadhan 1432H. Masa SIL called @3am tu, hubby's phone dok luar bilik tgh charge ... jadi kami x dengar. Then during sahur, BIL lak call sampaikan berita arwah. Alhamdulillah, rezeki Mok utk kembali kpd penciptaNya di bulan puasa. Kami sempat melawat dia pada hari Sabtu tu. Bila melihatkan keadaannya yg sangat uzur tempohari memang kami dah jangka hayatnya tak lama. Insaf rasa diri ni bila menziarah dia. Mok tinggal dgn her only anak - lelaki. Agak bertuah dia mempunyai menantu perempuan yg sanggup menguruskan dia sepanjang masa dia sakit. Melihat mok ... buat I terfikir rezeki I bila sakit dah tua nanti ... kalau xde anak gegirl, camana la agaknya. Sudi ke menantu nak jaga. Bila hubby menyuara kan perkara yg sama, Hafiy lak menyampuk dgn muka simpati kat we all "Hafiy doa mummy & dad akan dpt baby girl boleh jaga bila sakit dah tua nanti sbb Hafiy x boleh nak tukarkan pampers mummy nanti, aurat" .. ;) terharu pun ada, nak gelak pon ada.

Roti jala ni buat 2 minggu sebelum puasa kot, kat kampung. Aunty I request. As usual resepi K.Ummi la yg kita follow sbb menepati citarasa I. Bulan puasa tahun lepas ada buat >> sini, pekena dgn kari ayam kampung. Fuh!! syapaleh! Mmm... nak kena buat gak ni, makan dgn kuah durian best gak, kan.


ROTI JALA
Source: K.Ummi Kuantan
  
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning
 
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2

Jemput makan ;-)

3 comments:

  1. innalillah to arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat....BTW, kalu nak cuba gegirl tu pun belum terlambat ;)

    ReplyDelete
  2. ermayum:
    sila la buat u ;)

    mellymilly:
    amin .. ;)

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...