Monday, October 24, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan yg superlicious!!


Alhamdulillah ... la la la ... hati tengah berbunga ni tau ... puas hati sangat semalam dpt merasa sendiri bingka roti yg superb nih. Ni penangan hasutan K.Ummi lah ni, tapi don't get me wrong ye ... hasutan ke arah kebaikan & kegemukan jer ... nothing bad. Statement teramat sedap dia tu yg buat jiwa meronta-ronta kat ofis hari tu. Memang super duper sedap lah (tekak I tau, org lain cheq x sure naaa ...) lembut, gebu, wangi, lemak manis ... secukup rasa lah. But then utk tekak hubby pulak, dia kata bila makan banyak, dia rasa muak sket. 

Now nak hasut org lain buat pulak, entry lain kasi simpan dulu ... haha ( ˆ⌣ˆ)ノ Tak sangka, Haziq & Hafiy pon suka sangat ... siap Hafiy kata sedap gilerr mummy. Tu yang I kena buat 2nd round lak malam tu sebab nak bagi mak rasa pulak. First batch tu x sampai 10 mins dah licin. Kalau tekak K.Ummi suka versi sejuk, I pulak suka versi suam-suam ... walla ... macam rasa roti kukus pun ada gak. Terangkat weii!! Ni pon teringat lagi rasanya ni ... semlm kan, kalau x kenang kan kalori segala tu, memang rasa nak melantak cukup2 jer.

Ok lah, kalau nak cuba, ni resepi yg I dah edit ikut my taste bud ya (teks berwarna tu) ... I kurangkan sebiji telur tu sbb takut kot kuat bau telur nnt, jadi utk resepi asal sila klik pd link yg disertakan.


BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Sumber asal: Notabilia 
My reference: Ummi @ Home Sweet Home

  • 8-10 keping roti putih  (x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telor
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit kismis / kurma disiat-siat
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang. I taburkan kismis sikit di setiap lapisan. Kalau letak kurma pun sedap ni.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (I prefer dimakan suam-suam ... lembut gebu jer ..)


5 comments:

  1. Ain..

    hehe...kita sepusat..sepusing arr :) sedap kan..

    ReplyDelete
  2. haha .. tu lah pasal, nmpk entry u pg ni. memang sedap sgt2 lah. harus buat lagi ^__^

    ReplyDelete
  3. Nampak cantiklah ain, with that green n white lapis. Insyallah nak cuba nanti.

    ReplyDelete
  4. ain penyebar virus ye haip nampak macam sedap je haruskah?
    sendiri jawapkan hehehe

    ReplyDelete
  5. makcik & chik mi:
    buat2 ... senang ni, sekejap je nak prepare.

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...