Wednesday, January 30, 2013

Masakan Kampung @ Velodrom, Cheras

Hala tuju kami empat beranak untuk makan tengahari tatkala teringin nak menyedut siput dan nak makan ayam kampung. Lauk pauk memang banyak; kalau boleh semua nak masuk pinggan, pelbagai sambal pencicah, ulam-ulaman. Udang galah pun ada, tapi bersedia je la time nak bayar tu ye, gigil-gigil gak nak buka dompet. Tapi favorite kami apa lagi, siput sedut dan ayam kampung lah. 

Lokasi kedai di kawasan Downtown KL, Velodrom Cheras. Bersebelah Nasi Ayam Kampung Hassan (NAKH). Kalau NAKH tutup setiap Jumaat, kedai ni pulak tutup setiap hari Isnin. Bersebelahan kedai ni pon ada kedai masakan kampung. Kami x pernah cuba sebab xde siput sedut kat situ.


Terpulang kepada selera masing-masing lah, kalau nak masakan siput sedut kelantan yg ori ... sila ke NAKH, ada kelainan dr segi rasanya tau dari yg kebanyakan kedai yg biasa kita makan sebab kat NAKH ni, dia letak daun kaduk dan x dimasukkan cili padi ... so kuahnya rasa lemak2 and after taste, pahit2 sikit gitu. Sedap gak.


Ni pinggan nasi I masa first time I gi makan kat sini, 3 jenis protein ... oooppss, baru perasan ... 4 lah. Eeiii ... mana x hancuss diet, dan utk yg ni .. I sorang je makan waktu ni ... rm33 ... berpeluh2 akak time bayar tu. Mana taknya, udang galah tu sekor je dia charge rm23 ... dan sepinggan siput sedut tu rm5 kalau x silap.



No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...