Monday, February 4, 2013

Maggi Ketam "Best in the world ;)" ...


Ni komen Hafiy la, bila dia hirup kuah Maggi Ketam yang I buat utk dinner 2 hari lepas (^_^). I pun cepat2 capai sudu ceduk kuahnya dan sua ke mulut. Err ... sedapnyaaa ... patut dia puji ... haha .. Eventhough ketam nipah yg I beli ni x fresh, beli pon kat Carrefour je; tapi bila dah masak manis isi dia masih terasa mesra bergaul dgn kuah maggi tu, syapalehh ... Tertunai la craving nak makan maggi ketam sejak sekian lama.

Tak de dlm perancangan asal pon nak masak Maggi Ketam nih. Dah lama dok berangan nak gi makan kat kedai, macam2 aralnya ... Kebetulan masa gi belikan ngaku yg adik pesan hari tu, lalu bhgn basah ternampak ketam ni. Sebab jarang jumpa, tetiba rasa nak beli. Dan dan tu gak terlintas dah nak masak Maggi Ketam sbb cik abang I pernah ckp, yg maggi ketam kat kedai masak guna ketam nipah.

I masak sempoi je .. sbb nak kekalkan keaslian rasa ketam dan maggi tu. Alhamdulillah menepati citarasa kami sgt2. So apa yg I buat, I just masak air sampai menggelegak. Then masukkan ketam .. agak-agak dah 3/4 masak, masukkan maggi & perencahnya. Biar boil sekejap smpi maggi lembut, terus tutup api. Siap sedia untuk dimakan. Simple je kan? Btw I guna maggi kari. Utk 2 paket maggi, I guna 1 1/2 ekor ketam je. Kalau kat kedai ni ... dengarnya 1 mangkuk maggi ketam ni, mahal gak harganya kan. mm ... dekat rm30 kot.


Yang ni dr pinggan Haziq, buat second round kat rumah mak pulak on the same night ... Sepitnya tu dah retak kena ketuk dgn lesung, nak kasi senang makan ... hehe ...

Oh ya, welcome February ... byk tarikh2 penting dlm hidup I di bulan ni ..


2 comments:

  1. Mck x pernah lagi buat maggi ketam .....sbb kurang gemar ketam pun sama...

    ReplyDelete
  2. ooo ... x minat eh. ke sebab remeh nak makan ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...