Tuesday, May 21, 2013

Fettucine Aglio e Olio with prawn


Ni menu sebulan lepas dah ni ... hihi .. Hubby dearest ke KK for meetings nak setup new office kat sana. So, dia borong udang bawa balik. Tengok udang yg fresh tu teringat nak buat olio ... ninjas pon laju je makan dpt udang segar-segar dan manis ni. Resepi kat bawah ni anggaran I buat untuk 2 peket fettucine ye.

FETTUCINE AGLIO E OLIO with PRAWN

Resipi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

2 peket fettucine - direbus al dente
8 sudu besar minyak zaitun (extra virgin lebih baik)
10 ulas bawang putih sederhana besar - dicincang dadu kecil
5 tangkai daun parsley atau koriander - xde stok, ganti dgn serbuk basil kering
Sedikit serbuk oregano
2-3 tangkai cili kering - buangkan biji jika ingin kurang pedas
3-4 peket kecil chilli flakes (saiz peket chilli flakes dominos) - boleh kurangkan jika nak kurang pedas
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Udang secukupnya - diperap dengan garam & serbuk lada hitam sebentar, goreng sekejap dan toskan.

Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih, serbuk cili dan cili kering hingga naik bau. Masukkan garam secukup rasa, biar terasa garam sikit sbb fettucine tawar. Apabila bawang dah kuning masukkan separuh daun parsley dan masukkan fettucine yg telah direbus tadi. Kacau sebati. Masukkan oregano dan lebihan parsley, tambahkan serbuk lada hitam dan garam jika kurang masin. Kacau seketika biar sebati, masukkan udang. Kacau sebentar dan boleh la dihidangkan.


Yang ni pulak versi spaghetti

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...