Tuesday, May 21, 2013

Restoran Mee Tarik Warisan Asli


Dah lama nak try makan kat kedai ni sejak adik bongsu kecoh-kecoh dia dah sampai sini lunch dgn member ofis, tengok org buat mee tarik. Masa balik dr KLIA (kami balik kota bharu, kg hubby - kenduri kawin/bekwoh anak sedara dia), flight delay sbb teknikal katanyer ... biasa la alasan gitu kalau naik AA tu kan  ... jadi bila sampai KL perut memang dah berkeroncong gila .. tapi nak lunch, jam pun dah 3 lebih .. tanya mak dengan ayah, dorang terasa nak makan apa2 x ... diorang tu xde idea ... mana nak cari menu nasi campur ke apa ... bila passed by Sg Besi I terus teringat pasal Mee Tarik ni, tanya lagi kat mak ... dia kata x kisah nak cuba ... terus minta hubby belok ke sini.

gambar kredit kpd Sharz and Catz

Yang kelakarnya bila melangkah masuk kat kedai ni, muka mak dah lain macam tengok pelayan & semua pekerja kat kedai ni cina muslim yg betul2 dr seberang tanah besar (rupa mcm dlm gambar tu) ... cuak je dia ... I kata if dia betul-betul x selesa, kita keluar je balik cari kedai lain. Tak nak pulak, so kami pon duduk dan start belek menu, muka blur je masing-masing ..

Kat sini style order nya tulis no menu, macam kat kopitiam. Tak tau nak makan apa ... bila tanya pon bukan faham sangat explanation dorang tu, xreti cakap melayu. Jadi, ikut gerak hati je la time mengorder tu.


Pilih punya pilih, at last ambil ni >> Menu : No.401 Mushrooms Meat with noodles
Price : RM8.00
rasanya boleh la ... masam manis mcm tu



x ingat namanya, rasa macam mee sup yg ada chilli flakes & bwg putih goreng sket



Menu : No.309 Toothpick Lamb
Price : RM24.00
Dalam banyak-banyak tu, paling best yg ni la.
Untuk peminat daging kambing macam kami, this dish is a must try tau!
Sedap ... pedas-pedas manis, xde bau pun kambingnya.

Overall ... boleh la nak tukar selera. Masakannya biasa-biasa aje tapi mee dia tu memang special and sedap, rasa dia kenyal-kenyal sket. Fresh, dia buat bila orang order. Sambil tunggu order siap boleh tengok diorang buat mee ... ralit, terlupa nak amik gambor ... refer sini

Address:
Mee Tarik Warisan Asli 
51A, Jalan Tasik Utama 3
Medan Niaga Tasik Damai
Sg. Besi 57000, KL
 017-8768960  / 0390543209

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...