Monday, November 11, 2013

Toast Bread and Baked Beans with Sausage


Morninggg ... pagi ni nak bagi ilham satu lagi breakfast yang mudah yang I suka sangat dr dulu. Resepi ni pernah di share oleh Kak Hanieliza (sekarang dah bergelar chef) byk tahun dulu kat fotopages dia, i pun x ingat dah linknya.  Actually nak makan macam tu je pun sedap gak, tapi kalau nak lebih kenyang I suka makan dengan toast. For breakie, 2 keping roti dgn baked bean sausage ni mmg kenyang sangat dah.

Kalau dah buntu xtau nak breakfast apa, mmg buat ni la. Preparation time pun sekejap je.

BAKED BEANS WITH SAUSAGE
Resepi: Hanieliza

1 tin baked beans
1 - 2 batang/secukupnya sosej
1 - 2 ulas bawang putih (depends on the size of the can & your tastebud)
sedikit cili kisar
sos tomato
sos cili

Tumis bawang putih yg telah ditumbuk/cincang halus hingga terbit bau. Masuk cili kisar & masak hingga garing. Masuk sosej yang telah dipotong kecil. Kemudian masukkan baked beans dan sosnya. Sesuaikan rasa dengan menambah sos tomato dan sos cili. Ain tambah air sikit jika kuahnya agak pekat. Kuahnya biar ada rasa masam, manis and pedas, baru terangkat.  Agak-agak dah mesra, boleh la tutup api dan hidang.

** For me it's best serve with toast.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...