Monday, February 17, 2014

Ayam Pangggang Rosemary & Thyme


Jumaat lepas I masak ayam ni for dinner utk my doubleH. Sedap jugak rasanya resepi yang dikongsi oleh Mamasya ni. Sosnya sedap, yg ni ala-ala sos ayam golek yg biasa I beli. Cuma sebab I ada stok rosemary & thyme saya masukkan aje. Sos ni makan dgn keropok ikan pun sedap tau ;)


RESEPI AYAM PANGGANG BEST
Sumber: Dapurmamasya

Bahan-bahan A:
3 sudu besar cili boh
2 keping gula Melaka
1/2 cawan air

Masak semua bahan hingga pekat. I masukkan thyme & rosemary sblm lumur ke atas ayam.

Bahan-bahan B:
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
1 kiub stok ayam
1 inci halia
5 sudu besar sos lada hitam / 3sb sos lada hitam + 2sb sos tiram
3 sudu besar madu
Garam
Butter - lumur pada ayam masa nak bakar nnt


Blend bahan A dan B bersama-sama.
Lumur bahan blend tadi pada ayam yang telah dikelar dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
Lumur butter dan panggang ayam pd 180C selama 50 min - 1 jam. I guna pan ajaib, jd lebih pendek masa bakarnya.
Siram atas ayam lebihan sos perapan dlm bekas ayam.


Kami makan ayam ni dengan lebihan sos perapan.

** Untuk kentang tu, I blend sedikit ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaulkan dgn kentang bersama sedikit olive oil dan bakar sekali dgn ayam.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...