Wednesday, April 16, 2014

Grilled Lamb Rumey Rimas


Satu lagi resepi yang I suka sangat tapi asyik tak menyempat je nak share. Sos perapan ni xpedas, rasa masam manis dia memang ngam sangat & membangkit selera. Tu yang my anak pun suka & asyik tanya bila nak buat lagi cik rimas ni ... hehe. Resepi ni kawan I yang dok kat Riyadh yang bagi, dia pulak dapat dari kawan dia Wan Rumaizah yg juga bermastautin kat sana rasanya. I kurang pasti lah mana datang nama Rumey Rimas tu, may be ada kena mengena dengan Tony Romas atau Rumey tu nama glamour cik Wan sendiri ye?  ;) 


SOS RUMEY RIMAS
Resepi: Wan Rumaizah
Sumber: Umm Ammar Jeni Mokhtar

1 cup sos tomato
1 1/2 cup madu
1/2 biji lemon - ambil jus
2 inci halia
4 ulas garlic
Garam, lada hitam & oregano secukup rasa

Campur semua bahan-bahan & perapkan dengan lamb. For best result, marinate the lamb overnight.

**My Note:
Lebihan sos perapan tu ain masak sekejap biar pekat sikit dan boleh serve dengan grilled lamb tu nanti.


Serve dengan ciabbata bread, salad & mashed potatoes memang terbaik!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...