Wednesday, April 23, 2014

Mongolian Beef


Lauk ni I masak for the kids dinner last week. Ada daging je kat rumah masa tu & I teringat kat resepi Maz ni. So saja la nak test menu orang mongolia pulak ;) Memang sesuai masakan ni untuk kanak-kanak sebab rasa dia manis-manis kicap tu. Haziq suka sangat. Untuk tekak I ni yg suka lauk yg ada pedas-pedas, lebih kick rasanya kalau tambah cili padi. Tak de stok pulak dalam peti masa tu.

MONGOLIAN BEEF
Resepi: http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (resipi anggaran)

300g daging lembut/batang pinang - hiris nipis panjang
1 ulas bawang putih - cincang
1-2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1/2 sudu besar gula perang
minyak masak secukupnya
tepung jagung secukupnya - untuk salut daging
cili burung/cili besar - hiasan
sedikit air

1. Pastikan daging berul-betul kering agar proses masak nati daging masak elok dan tidak mengeluarkan air - (maz tak cuci pun daging tu, terus goreng sebab daging bersih)

2. Dalam pingan yang besar, ratakan 3-4 sudu besar tepung jagung yang digaul dengan secubit garam. Kemudian salutkan kedua bahagian daging dengan tepung jagung sepenuhnya.

3. Panaskan 3-4 sudu besar minyak masak dalam kuali leper biasa (bukan non stick), kemudian susun daging dan masak 2-3 minit dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Buat sampai habis dan tambah minyak sikit lagi untuk masak yang seterusnya jika perlu.

3. Dengan kuali sama, masukkan 2 sudu besar minyak, kemudian masukkan bawang putih dan masak sekejap. Masukkan kicap manis dan gula perang, biar berbuih seketika, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air (jgn banyak ye).

4. Akhir sekali masukkan daging, cili hiasan dan perasakan secukup rasa. Kacau balik agar sebati, jika perlu boleh tambah air 3-4 sudu lagi dan masak sekejap biar sos jadi pekat. Siap

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...