Wednesday, April 23, 2014

Sotong Bersos Madu


Bila saya malas nak masak, atau nak masak yg cepat siap & ringkas, ni le antara menu pilihannya. Cepat, mudah & ringkas dan yg paling penting ... sedap. My boys bukan main puji melambung kalau I masak lauk ni. Macam masterchef katanya ... haha .. dah favourite dia kan ... bukan main lah, mummy pon kembang kuncup hidung tau ;)

SOTONG BERSOS MADU
Resepi: cik ain | my-sweetthots

1/2kg sotong dibersihkan & dicelur sebentar, toskan airnya
3-4 ulas bawang putih - cincang
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu - boleh ganti dgn gula kalau xde tp kurangkan sedikit
1/3 cawan air
Sedikit jus lemon/limau nipis
Daun bawang - dihiris
1-2 tangkai cili kering - jika ingin pedas

Ambil 3/4 bhgn dr bwg putih yang dicincang, goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
Campur bhn sos - sos tiram, madu & air.
Tumis baki bwg putih hingga wangi. Boleh masukkan cili kering jika ingin sedikit pedas. Masukkan sotong & goreng sebentar (I prefer sotong tu garing sedikit). Masuk bahan sos & sedikit je garam utk lebih umpphh sbb sos tiram dah masin masak hingga kuah nampak sedikit likat. Masukkan jus lemon & daun bwg yg dihiris dan masak lagi 1-2 minit. Semasa menghidang, taburkan bwg putih yg digoreng tadi. Yang ni xde stok daun bwg, togel je kurang seri.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...