Lama x meluangkan masa kat sini. Bukan xde resepi yang nak di share tapi bila otak berserabut, mood pon lemau ... macam tu lah ... sepi je ... Ni dah lama buat tau, bulan lepas lah agaknya. Resepi dari my sister. Actually ada benda yg I dah alter dari resepi dia ni, tapi sebab dah lama tu, akak gali-gali otak yang dah berkarat ni memang xberapa nak recall lah. Yang ingat cuma gula merah tu. Perlu diingat la kalau nak buat ye, sesetgh gula merah tahap kemanisannya x sama. Jadi pandai-pandai la adjust ye, rasa dulu dan tambah ikut keperluan.
Oh btw I tukar nama apam dia, sebab confuse betul la nama yg dia bagi ... khunsa ke apa apam ni? hehe ... sbb rasanya macam apam dulu-dulu stail kampung gitu, so I nak panggil apam kampung je lah ye.

APAM KAMPUNG
Sumber: Bungamekar
Bahan:- (anggaran 50 ketul)
500gm tepung gandum
100gm tepung beras
3/4 cawan gula merah
1 paket yis segera(mauripan) + 1/2 cawan air
2 cawan air
1 cawan nasi sejuk
kelapa parut putih gaul bersama sedikit garam.
** i x letak gula pasir, coz rasanya dah cukup manis...
Gaul rata tepung gandum, tepung beras dengan gula merah hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
Setelash selesai, masukkan 1 cawan nasi sejuk. Biarkan adunan dalam bekas dan tutup hingga adunan menjadi naik 2x ganda. Lebih kurang 1-2 jam.
Bila adunan telah kembang dan naik, kacau sekejap dan masukkan dalam bekas yang hendak dikukus. Jangan biarkan hingga adunan turun semula kerana ini akan menyebabkan apam yg hendak dikukus itu sudah kurang kembang/naik nyer x cantik..(my mum bagi tips ni)
Kukus atas air mendidih selama 20 - 25 minit (balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya didalam loyang yang berisi sedikit air untuk memudahkan ia ditanggalkan dari bekasnya.. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

No comments:
Post a Comment