Monday, June 23, 2014

Lemon Garlic Chicken with Creamy Lemon Sauce & Hasselback Potatoes


Last month I memang extra rajin main panggang-panggang ni. Haziq of course la happy sangat, dia memang pantang nampak ayam panggang ... nak nak kalau I panggang seekor macam ni xde potong-potong, lagi la dia tak sabar nak makan  ;) Resepi ni dah a few times buat, biasanya makan dgn nandos garlic sos je ... kali ni I buatkan sos kasi special sikit.

Dah lama tergoda nak buat hasselback potatoes, so tu lah dia ... tapi versi org malas je, just curah in between the slices some garlic oil yg I buat sendiri by cooking some crush garlic dlm olive oil sekejap. Not so puas hati with the outcome as I didn't get the crispy layer of the potato skin. Nak kena study lagi the technique ni. But overall, the boys were happy dan keep on puji the sauce I made was super delicious ... ;)


Lemon Garlic Chicken
(Sumber: Quick Short Recipe Cookbook)

Seekor ayam
80ml (1/3 cup) lemon juice
4 biji garlic, crushed
Some black peppers, crushed
60g (2 1/4 oz) butter, melted
1 teaspoon ground paprika

Letakkan ayam dalam casserole/oven proof bakeware.
Campurkan lemon juice, garlic, butter, paprika dan pepper. Curah mixture atas ayam & lumurkan. Tutup & sejukkan dlm fridge utk beberapa jam atau semalaman.
Preheat oven to 180C. Bakar ayam selama lebih kurang 1 jam, sesekali lumurkan ayam dgn lemon mixture tadi. Jika suka, boleh dihidangkan bersama hirisan lemon.

CREAMY LEMON SAUCE
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

1/2 cup culinary whipping cream
Lebihan sos perapan ayam di atas
Lebihan jus yg keluar semasa ayam dibakar & yg melekat di atas dulang pembakar
Beberapa sudu sos garlic Nandos
Jus lemon & garam jika perlu

Campur kesemua bahan & masak sebentar atas api. Sesuai kan rasanya. Tambah sedikit jus lemon dan garam jika perlu. Hidangkan dengan ayam panggang di atas.


Licin the boys kerjakan ...


Makan lain cerita, bekal ke sekolah tetap ada ... ;)



4 comments:

  1. sedapnyyyeeee...patut la terbau satu ampang ni hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ... ooo ponteng keje ke, org masak ni time lunch tau. Dok ampang lagi ke?

      Delete
  2. sangat seksi ayam kat situ :D sedapnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...