Friday, June 20, 2014

Chicken Macaroni Au Gratin


Enuff of cerita lontong ye. Ni menu dinner semalam. Asyik dok makan kat kedai sampai dah buntu nak makan apa, teringat pulak dah lama x masak pasta for the kids. Tu yang masuk dapur terus rebus macaroni. Actually rasa nak makan penne tapi no stok in my dapur ... huhu

Nama dish sikit punya glamour bunyinya kan ... mamma mia italia sangat ... kalau di Jepun, mereka menyebutnya sebagai Guratan ... but it's basically baked macaroni with Bechamel Sauce a.k.a White Sauce aje ... haha.

Topping tu kalau brown sket lagi baru best, tapi I mengejar masa dik non ... terkejar-kejarkan time budak-budak nak pi tuisyen ... nampak cheese dah melt semua, terus tutup api oven. Dish macam ni memang all time favourite the boys, dah makan kat rumah pon ... Hafiy siap bawa bekal pulak utk makan masa break kat tempat tuisyen. Seronok nak makan dgn kawan-kawan.

CHICKEN MACARONI AU GRATIN
ain@my-sweetthots.blogspot.com

300g macaroni - direbus al-dente
1 batang sosej ayam jumbo - dihiris kecil
2 keping chicken meatloaf - dihiris kecil
6 biji button mushroom - dihiris kecil
1/2 labu bawang Holland - didadu halus
2 ulas bawang putih - didadu halus
Serbuk black pepper
1/2 kiub ayam
Sedikit olive oil
Sedikit air
Garam

Panaskan olive oil. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan sosej dan meatloaf, gaul rata dan biarkan sebentar.
Masukkan button mushroom dan kacau lagi.
Perasakan dengan sedikit garam, serbuk black pepper dan kiub ayam.
Masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
Akhir sekali masukkan macaroni yg dah direbus terlebih dahulu, gaul rata dan sesuaikan rasa. Matikan api dan masukkan macaroni ke dalam casserole atau oven proof dishware.
Tuangkan white sauce dan taburkan cheddar cheese di atasnya.
Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 20 minit atau sehingga topping kelihatan  perang.

 
Bechamel / White Sauce:

600ml fresh milk
3 tb tepung gandum
2 tb butter
Sedikit serbuk black pepper & white pepper
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa

Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau rata sampai brown sikit dan masukkan fresh milk, serbuk black pepper, white pepper, kiub ayam dan garam. Kacau sehingga semuanya sebati dan mendidih. Seimbangkan rasa, tutup api.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...