Thursday, June 26, 2014

Sambal Telur Pecah


Sambal yang mudah dan cepat disediakan tapi still boleh buat orang makan bertambah-tambah. Tak payah masak lauk lain dah, lauk ni je pun dah cukup.

SAMBAL TELUR PECAH
ain@my-sweetthots.blogspot.com

Bahan-bahan:
6 - 8 sb lada kisar / lada merah + cilipadi
6 ulas bawang kecil merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam ikan bilis*
1 biji bawang besar- dihiris bulat
air asam jawa
minyak untuk menumis
sedikit gula
garam secukup rasa
4 biji telur


1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dan masukan bahan kisar dan lada kisar dan bawang besar.
3. Masaklah sehingga pecah minyak
4. Masukkan air asam dan perisakan garam dan gula.. biarkan sebentar
5. Pecahkan telur dan biarkan telur masak, perlahankan api.. balikkan telur supaya masak kedua2 bahagian.. jika kering boleh tambahkan sedikit air.. kacau kasar ... sedikit sahaja, jgn banyak supaya telur tidak terlalu hancur
6. Jika suka tutup api sebelum telur kuning betul-betul mengeras.


No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...