Thursday, July 3, 2014

Mee Rebus Cik Ani


My first entry untuk ramadhan tahun ni. Ni menu iftar kami pada 3 Ramadhan dua hari lepas. I'm not a big fan of mee rebus sebenarnya, tapi biasa lah kan bila tiba bulan puasa tekak ni macam-macam rasa nak makan. Yg kes mee ni pulak gara-gara tengok IG Chef Wan ... menu berbuka kat rumah dia 2nd day puasa. Memang menggoda selera betul baca comment Chef Wan sampai I terus google resepi bondanya Cik Ani tu. Memang ramai yg dah cuba  rupa-rupanya.

MEE REBUS CIK ANI
Resepi: Bonda Chef Wan - Cik Ani

Bahan-bahannya:
1 kg mee kuning
150 g taugeh, buang ekor
2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
2 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 pokok daun bawang, hiris
4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
6 biji limau kasturi, belah 2
Bawang goreng secukupnya
Kuah mee rebus*

Bahan-bahannya:
1/4 cawan minyak masak
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
5 - 6 cawan air
500 g keledek
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 biji tomato, belah 4
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa

 
UNTUK KUAH MEE REBUS:- Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu). Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).

PENYEDIAAN MEE REBUS:- Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...