Wednesday, July 9, 2014

Puding Milo Lapis Oreo (Iftar 9 Ramadhan 1435)


Puding yang dah lamaaa sangat I nak buat ... since last Ramadhan lagi, tapi ramadhan kali ni baru dapat cuba ;) Sedap sangat dan memang berbaloi membuatnya.

PUDING MILO LAPIS OREO
Resepi : Along - HomeKreation


( Saiz: 8" persegi )
1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
750ml Air
160g - 140g gula
1 tin @ 400g Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah-patahkan, biarkan sandwich 2 lapis

Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. 
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
Asingkan 2  3 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
Tuangkan 1 1 1/2 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. 
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm peti sejuk.


TIPS UNTUK MELAPIS:
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


 I buat Bowties Goreng Lemak Pedas gak that day. Resepi boleh refer sini ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...