Haaa ... ni lauk yang kita matched kan dgn kerabu kat bawah tu. Baru nak enter frame ;) My hubs & sons memang suka sangat siakap stim. Untuk ikan stim macam ni, resepi I sempoi je. Sayur-sayurannya pon tengok la apa yg ada kat rumah. Ni pon asalnya nak stim letak sikit sos tiram, tapi sebab dah habis I tukar la dgn sos plum. Kalau guna sos tiram pon sama je macam kat bawah ye, cuma xletak la sampai 3 sudu tu, sikit je sbb xnak rasa sos tiram tu cover rasa masam manis ikan & jus limau, mungkin sesudu or 1 1/2 sudu bergantung byk mana kuah yg I nak. Ikan stim ni sedap dimakan terus selepas dimasak, jadi kukus lah betul-betul sebelum nak makan. Biasanya untuk ikan bersaiz sederhana, dalam 1/2 jam dah masak.
SIAKAP STIM SOS PLUM
(ain@my-sweetthots.blogspotcom)
1 ekor ikan siakap sederhana besar - bersihkan, lumur garam & susun dalam loyang utk dikukus
Halia 2cm - dihiris
Sebatang serai - dihiris
Cili padi - dihiris
Sedikit daun ketumbar & akarnya - boleh omit jika xsuka, cuci bersih akarnya & masukkan skali ketika mengukus, daun nya dihiris kasar & tabur bila ikan sudah hampir masak
Cendawan
Tomato cherry
Kubis bunga / brokoli
Perahan jus limau nipis
1 - 2 biji asam boi - kalau xde, xyah letak
3 sudu besar sos plum - I guna Life brand
1/2 sudu besar sos ikan - kalau xde, xyah letak
1/2 cawan air
sedikit garam
Kesemua bahan-bahan yang dihiris termasuk akar daun ketumbar (tinggalkan daunnya utk ditabur kemudian) dan sayur-sayuran ditabur keatas ikan yg telah dicuci dan dilumur garam tadi. Bancuhkan sos plum dengan air & sos ikan & sedikit garam, curahkan ke atas ikan. Masukkan juga asam boi. Kukuskan ikan tersebut. Agak-agak dah separuh masak, curahkan perahan jus limau. Kukus lagi sehingga masak & hidangkan ketika masih panas.
No comments:
Post a Comment