Tuesday, March 29, 2016

Agar-agar Taufufa


Cerita lama yang diangkut dari fotopages. Almost lupa pada pencuci mulut yg sedap ni. Dessert ni kita buat dulu masa birthday Hafiy, sesuai la dengan selera Hafiy time tu yang memang suka laici. Any makanan yang sejuk-sejuk & membelai lidah ni memang my 3 heroes punya favourite. Dorang ni kalau ada this type of food, kejap-kejap buka fridge. Fridge tu kalau boleh bercakap agaknya, mesti komplen sakit sendi. Cubalah, memang nyaman je masuk tekak, lembut ala-ala taufufa. Yang ni I served with longan, sedap... 

 AGAR_AGAR TAUFUFA
(Sumber: Noormasri)

12 gm serbuk agar-agar
10 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 tin laici

Masak agar-agar bersama air hingga larut.
Masukkan susu cair dan gula. Tunggu mendidih seketika.
Tuangkan adunan ke dalam acuan/mangkuk kecil. Sejukkan
Semasa menghidang, letakkan sirap dalam laici dan buahnya sekali.

**Nota: Agar-agar ini memang lembut ala-ala taufufa, tak sesuai dipotong. 

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...