Dah lamaaa sangat teringin nak buat sejak nampak entry nasi ni kat blog kak ayu. Kalau dia sampai 3 4 kali repeat tu, mesti sedap punya kan. Sampai la dia dah aktif balik after long hiatus baru la kita teringat nak try. So last week kita cuba la masak tapi with limited condiments sebab malas nak gi pasar or supermarket beli barang ... ehehe ... Tu yang kalau tgk gambar, kurang seri mcm xsedap je rupanya. Tomato pon xde nak buat penambah seri.
Nanti boleh buat lagi tau nasi ni, dia xterlalu berempah jadi xde la muak makan macam sesetengah nasi beriani tu. Sambal dia tu yg menambah kick, jadi sila buat lebih kalau suka pedas. Ok, ada kerja nak buat. Jom semak resepinya which I copied dr blog Kak Ayu.
**Note:
Lauk nasi ni cuma ayam & sambal tu je. Jadi agak kering la, next time buat mungkin boleh buat sup ayam ke or dalca jadi lauk-lauk iringan.
Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Sources;-From Azian @Aziancollection, via Kongsi Resipi
Sources;-From Ayu@curlybabesatisfaction
KOMOK SPICE MIX:
2 tsp curry powder
1 tsp ground turmeric (serbuk kunyit)
2 tsp curry powder
1 tsp ground turmeric (serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander (serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin (serbuk jintan putih)
1/2 tsp fennel (serbuk jintan manis)
1/2 tsp cinnamon powder (1/4 sudu je serbuk kayu manis)
1 tsp salt (garam)
1 tbsp sugar (gula)
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis (1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7.
Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, bawang besar kisar, bawang putih kisar). Perap
sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau
tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
Ait ada nasi komok disini rupanya...hehe
ReplyDeletebaru masak semamalam..tapi guna burung puyuh ..tahun lepas
akak naik kelantan borong rempahnya sampai 2 kg kau..hahaha
bolehlah tahan 2-3 tahun supply..rempahnya masuk frdge supaya tahan lama.. tapi rempah original dgn rempah buat sendiri memang lain rasanya...
Kak Ayuuuu ....
DeleteRindu kamu. Tq masih sudi nak singgah sini & leave some comment. Oh I baru je balik kb last month, I dunno ... kalau x nak gak try the real rempah komok.Which one lebih sedap kak?
Uish akak pun rindu dgn teman2 blogger yg seangkatan .... sekarang blogging macam berbual sendiri aje haha... Of cos rempah original lagi sedap & terasa...
ReplyDelete