Monday, April 4, 2016

Tteokbokki


Tteokbokki a.k.a kek beras pedas antara street food yang sangat popular di Korea. Disebabkan anak-anak suka sangat makan masakan korea, kita pon ambil peluang la belajar memasaknya. Kali ni kita nak share cara masak Tteokbokki ni. Tak la susah mana pon nak buat. Di sekitar Ampang Avenue memang banyak mini market korea jadi x susah nak cari bahan-bahannya. Insya Allah bahan-bahan yg saya share kan di sini di jamin halal.

TTEOKBOKKI
(my-sweetthots.blogspot.com)
1. Tteok (Korean rice cake)


2. Kek ikan (fish cake)
3. Telur rebus
4. Ikan bilis
5. Tangleweed
6. Bawang putih
7. Korean chilli paste (gochujang)
 8. Serbuk cili Korea


9. Cili padi (kalau nak pedas)
10. Gula

1. Hiris bawang putih halus2.
2. Rebus air dengan ikan bilis & tangleweed untuk dijadikan stok. Setelah mendidih, tutup api & biarkan stok tersebut selama 10 minit. Buang ikan bilis & tangleweed tadi.
3. Rebus tteok (Korean rice cake). Pastikan tteok tidak melekat. Selepas masak, buang air rebusan. 
4. Simbah kek ikan dengan air panas. Potong empat segi.
5. Panaskan stok ikan bilis & tangleweed. Masukkan 2 sudu besar gochujang (Korean chilli paste), 2 sudu kecil serbuk cili, bawang putih, hirisan cili padi & gula secukup rasa. Kacau sampai sebati. 
6. Masukkan tteok, kek ikan & telur rebus. Kacau perlahan2 untuk elakkan melekat ke kuali.
6. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.
7. Hidangkan ketika masih panas.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...