Tuesday, April 26, 2016

Shrimp Chow Mein / Chow Mein Udang

 

Morning ... macamana pagi uols hari ni? Hopefully lebih baik dari semalam ye. Cuaca kat KL ni dah masuk 4 hari masih teruk jerebunya. Walaupun getting better sebab dah boleh nampak bangunan yang jauh sket tu tapi awan masih belum lagi nampak. Semalam pon hafiy balik sekolah nampak letih sangat, dok begging me xnak pergi tuisyen.
Semenjak dua menjak ni ada sikit rajin la nak mencuba resepi baru yang kita nampak masa blog walking. Masa browsing through blog Rasa Malaysia mata ni terpaku dekat resepi Shrimp Chow Mein sebab memang dah lama nak cari resepi mee goreng chinese style yang ni, tapi sebab xtau apa keyword nya ... memang payah la kan.


Gambar mee kita ni memang nampak pale & macam xsedap je kan .. sayur pon xde kecuali daun bawang ;) nak tambah carrot kasi berseri sikit xde stok lak. Tapi kita memang sangat puas hati .. gabungan sos tiram, kicap & minyak bijan memang menepati sangat rasa mee yang dicari selama ni. Budak-budak pasti akan suka, lebih-lebih lagi yang memang xsuka makanan pedas. Haziq & Hafiy pon mmg suka sangat-sangat, sampai dalam minggu yg sama je 2x kita buat. Ye la, kadang-kadang dah boring dgn Mee Goreng cara orang Melayu. Yang paling bestnya nak sediakan memang cukup sempoi xpayah nak keluar blender nak mesin cili dgn bawang. Lagi la rajin mak nak buat, kan. Haha ... Oh ye, satu je yg  kita xpuas ... color mee kita ni xcerah macam kat blog rasa malaysia. Kita suspect sbb kita xletak gula sebaliknya gantikan dengan kicap manis.

** Chow Mein dalam Cantonese dialect bermaksud fried noodles.

SHRIMP CHOW MEIN
Source: Rasa Malaysia
Saiz hidangan: 2 | Masa Penyediaan: 10 Minit | Masa Memasak: 5 Minit
8 oz fresh egg noodles atau steamed chow mein/chow mein
6 oz udang, dibuang kulit & belah belakang buang uratnya
2 sb minyak
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 oz kobis, hiris nipis
4 oz taugeh, cuci & toskan
1 tangkai daun bawang, dipotong-potong anggaran 2 inci

SOS:

1 sb penuh sos tiram1 sb kicap cair
1 sb gula
1/2 st minyak bijan
3 sb air
Secubit garam

Sediakan mee seperti arahan pada bungkusan. Satukan semua bahan sos, gaul sebati dan ketepikan. Panaskan kuali & letak minyak. Goreng bawang putih sehingga berbau wangi, masukkan udang. Apabila udang separuh masak, masukkan kobis dan teruskan mengacau. Masukkan mee dan sos. Gaul rata dan masak lagi lebih kurang seminit. Masukkan taugeh dan kacau rata. Apabila taugeh mula masak, masukkan daun bawang, kacau rata beberapa kali dan boleh la dihidangkan segera.

** Enak juga dimakan bersama sedikit sos tomato

2 comments:

  1. Salam cik ain.. :) tun pon suka makan chinese food. byk buku resepi chinese food, blm sempat cuba byk2 resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tun, sama la kita ye. Sila share resepi tu nnt bila tun dah cuba ye. Boleh kita try pulak

      Delete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...