Wednesday, April 27, 2016

Japchae


A Korean dish that my kids suka sangat. Anak-anak I ni tekak international gak, so kalau berjalan ke mana-mana tu dorang suka juga mencuba makanan tempat yang dilawati ... mummy nya pon senang, xde la pening kepala. But then, negara K-Pop ni kami belum la sampai lagi tau ... ehehe ...

Buat japchae ni xde la susah pon, remeh je sikit sbb nak potong memotong macam ulam-ulam nasi kerabu. Ni pon menu yang sesuai untuk kanak-kanak sebab x pedas.

JAPCHAE
Sumber: ain | my-sweetthots

Korean glass noodles (potato or sweet potato)
300 gm daging lembut
Korean spinach atau sawi
2 jenis cendawan
1 bawang besar Holland
1 batang lobak merah (carrot)
4 ulas bawang putih
Kicap cair Lee Kum Kee
Minyak bijan Knife
Garam
Gula

1. Potong bawang putih halus2.
2. Panaskan air dlm kuali. Bila air mendidih, masukkan glass noodles. Rebus sehingga masak.
3. Gaul daging dgn 1 sudu kecil minyak bijan, bawang putih yang telah dipotong halus, 1 sudu kecil gula, 1/4 sudu kecil serbuk halia & 2 sudu kecil kicap cair. Perapkan daging dlm peti ais selama 20 minit.
4. Hiris bawang (belah dua dulu & hiris).
5. Hiris lobak merah (belah 2-3 & potong panjang & halus).
6. Panaskan air dalam periuk kecil. Bila air mendidih, masukkan spinach/sawi yg telah dipotong & rebus hingga layu. Keluarkan spinach/sawi dari periuk & toskan air.
7. Tambah 1 sudu kecil minyak bijan, sedikit bawang putih yg telah dipotong halus & sedikit garam ke dalam spinach/sawi. Gaul sampai rata.
8. Tumis bawan & kacau sampai layu & keluar air.
9. Masukkan daging & masak sampai lembut.
10. Masukkan glass noodles. Kacau rata.
11. Masukkan spinach/sawi. Kacau rata.
12. Masukkan 3 sudu kecil kicap cair (ikut selera masing2), 1 sudu kecil minyak bijan (ikut selera masing2) & gula secukup rasa. Kacau hingga sebati sehingga masak.

1 comment:

  1. Assalam Ain
    wah senanglah ain..kalau anak2 suka makan & tak cerewet..
    anak2 akak..kalau nampak carrot tu..yang terus dia orang tak anak makan..
    baru tengok aje belum cuba..hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...