Tuesday, May 3, 2016

Cheese Bread / Roti Keju



Assalamualaikum ... haiii ... lemau je pagi ni nak gi ofis kan, dah sedapp cuti panjang labour day ... hmmm lagi lak bila teringat adik yang baru je fly gi Tokyo semalam dengan jabatan dia. Syok ler makcik tu, cuti sponsored sebab department dia menang competition tahun lepas. Ada la kena top up sikit.

Pagi ni Hafiy ada poem contest kat Sekolah Rendah Bukit Teratai. Moga dia menang, ya Allah.

Ok here's my 1st entry for May ... tahun ni rajin lak meroti sebab dapat vitamin time ajar my sister buat roti. This one I made last 2 months kot ... I was flipping through Buku Roti Alex Goh and rasa nak terliur nak try roti ni. Alhamdulillah, it turned out very nice & was a hit among my kids. They love the taste & aroma oregano & parsley roti ni.

CHEESE BREAD / ROTI KEJU
Sumber: Buku Dunia Roti Alex Goh

(A)
320 tepung roti
80g tepung gandum
20g gula
1 sudu teh garam
2 sudu teh yis segera

(B)
220ml susu sejuk
1 biji telur

(C)
30g mentega

(D)
30g keju, dipotong kiub
30g kepingan badam dipanggang
Oregano kering

(E)
20g kepingan kacang badam
20g keju dipotong kiub

(F)
3 keping keju
Oregano kering
Parsli kering


1. Gaul A hingga sebati, masukkan B dan uli membentuk doh.
2. Tambah C dan uli sehingga doh menjadi lembut & kenyal.
3. Biar adunan naik selama 45 min. Bahagikan kepada 2 bahagian yang sama dan bentukkan sebagai bebola. Biarkan ia selama 10 min.
4. Canai doh rata menjadi segiempat bujur. Sapu sedikit mentega lembut ke atasnya dan tabur D di atas permukaan doh.
5. Gulungkan doh seperti kek gulung Swiss dan potong setiap doh kepada 3 bahagian. Masukkan doh ke dalam 2 acuan sandwich. Acuan sandwich mesti digris dgn minyak atau dialas dengan kertas pembakar. Begitu juga, sapu minyak ke atas kertas setelah mengalaskannya di dalam acuan.
6. Tutup untuk proses menaik dan simpan di tempat panas selama 45 minit atau berganda saiznya.
7. Sapu telur dan tabur E ke atas doh. Bakar pada suhu 190C selama 23 min.
8. Keluarkan roti dari ketuhar dan segera bubuh 1 1/2 keping keju dipermukaan setiap roti. Tabur baki bahan-bahan ramuan F di atasnya.
9. Bakar lagi selama 7 min. Keluarkan segera bila roti sudah masak. Siap dihidangkan.


2 comments:

  1. Assalam Ain,
    tengok roti with the cheese..will attack the cheese dulu..
    hehe..dah lama akak tak meroti..since buat roti sarang lebah last year..hehe
    oh and i tried another recipe..after the first one..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Ayu,
      Haha ye la ... budak yg ngenit2 mmg attack cheese je dulu, sian roti tu haha .. I pon amik masa ... mm setahun kot oopsss ... hehe baru semangat meroti dtg balik. Once on the track mcm gian la ... haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...