Thursday, March 9, 2017

Gimbap (Kimbap) for our lunch date @ SASER


Annyeong haseyo ... ;)

Our weekend routine has changed a lot ever since Hafiy entered boarding school this year ;) ... thus far, Seremban becomes our 2nd home bila tiba weekend ... hopefully ... once he adapts to boarding school life ... kami boleh nego dgn dia bab melawat him every Saturday & Sunday nih  ... ;). For now ... kita layan je la dulu ... ehehe ... 


Tak tau nak masak apa last week tapi disebabkan hati ni asyik teringat nak bercuti je ... teringat la our holiday in Seoul Disember lepas. Oleh sebab itu, korean food jadi pilihan kita kali ni. It was just a brilliant choice that Saturday as my #fambam smile from ear to ear makan kimbap. Cuma frust I tak de Danmooji (Korean pickled radish) ... kalau x mesti lagi awesome ;)


Gaja ..., let's roll some kimbap ... My inspiration buat kimbap kali ni datang dari youtube Seonkyoung Longest. Just love all her cooking videos ... dah la comel, pandai masak pula.


GIMBAP (KIMBAP)
Untuk 6 - 7 Gimbap
Hidangan: 2 - 4 pax

Bulgogi Daging:
8 oz daging, potong memanjang -nipis, halus
1 Tbs kicap
1 Tbs mirin
1 Tbs gula
1 tsp minyak bijan
¼ tsp black pepper



Campurkan ke semua bahan & perapkan. Selepas selesai goreng carrot, menggunakan kuali yg sama, tambahkan minyak. Masukkan daging perap ni dan gorengkan sehingga semua cecair diserap oleh daging. Ketepikan.

Telur Dadar:
4 biji telur
1 tsp garam
1 tsp minyak masak

Pecahkan telur, masukkan garam & kacau rata. Panaskan kuali dan lenserkan minyak ke atasnya. Tuang separuh dr adunan telur dan ratakan. Kecilkan api dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit. Terbalikkan telur dadar dan masak 1 minit lagi sebelum diangkat. Buat sehingga habis. Potong telur dadar ini kepada 4 bahagian memanjang dan ketepikan.

Carrot: 
1 Tbs minyak
6 oz carrot, shredded
1 tsp garam
½ tsp black pepper

Menggunakan kuali yg sama, tambahkan minyak. Masukkan carrot, garam dan lada hitam. Goreng lebih kurang 2-3 minit atau sehingga lembut. Keluarkan dan ketepikan

Bahan-bahan Filling/inti yang lain:
6 - 7 imitation crabmeat - potong 2 memanjang
5 oz Danmooji (Korean yellow pickled radish), potong memanjang 6 - 7 batang
3 oz timun, potong memanjang 6 - 7 batang 
or 8 oz Korean spinach banchan (CLICK HERE untuk resepi)


Nasi: 
3 cawan nasi sushi -suam
1 tsp garam
1 tsp gula
½ tsp black pepper
1 Tbs minyak bijan
1 tsp bijan

Campurkan ke semua bahan-bahan kecuali nasi dalam mangkuk. Masukkan nasi dan gaul rata. Sentiasa tutup dengan tuala lembap untuk mengelakkan nasi menjadi kering semasa menggulung gimbap.

6 - 7 Gim (Dried seaweed sheet/Nori)
minyak bijan & bijan secukupnya

  1. Letakkan seaweed (bahagian berkilat di bawah) di atas bamboo roller. Ratakan 1/2 cawan nasi menutupi 2/3 bahagian seaweed.
  2. Aturkan telur dadar, crab meat, spinach/timun, carrot, daging dan danmooji melintang di atas nasi. 
  3. Gulungkan kimbap menggunakan roller. Ulang lagi sehingga selesai.
  4. Untuk memotong gimbap, lumurkan minyak bijan pada pisau dan gulungan gimbap. Potongkan gimbap 1/2 - 3/4 inci, dan taburkan bijan ke atasnya.
Untuk Tuna Gimbap:
7 0z tuna in oil (buang minyaknya) digaul dengan 3 Tbs mayonis dan secubit lada hitam. Cadangan sayur utk gimbap tuna ni ialah daun perila dan timun.

1 comment:

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...