Friday, July 16, 2010

Flourless Peanut Butter Cookies


Salam... aduhaii... 2-3 hari ni payah betul nak update blog, dgn internet yang slow & blogger yg macam kura-kura semput. Letih betul bila tunggu upload gambar last2 kuar error. Actually kooki ni I buat sekali dgn chiffon kat bawah tu, tapi tu la sempat update yg chiffon je hari tu. Tak larat dah nak melangut depan pc lama2 menunggu blogger yg lembab nih. Resepi ni dah lama dah simpan sebenarnya. Sana sini org dok test2 kooki utk raya..., I pon tak mo ketinggalan gak, hihi... maka teringat la resepi kooki versi malas nih. Lagi pun stok peanut butter ada dlm fridge lama tak berusik, sebelum dia expired baik la dibuat sesuatu utk elak pembaziran. Btw, kooki ni jenis soft cookies ye kawan2. Resepi kata bakar 8 minit, bila I rasa tak crunchy, masuk oven lagi, bakar dekat 20 mins, still soft. Maka sahih la ia xkan krup krap krup krap. My husband x suka this type of cookies, macam lemau je katanya. My friend yg suka biskut lemau cakap sedap. Nampak rupanya kurang menarik sbb I buat kosong je, plan nak letak choc chips dah terlupa. Untuk peminat2 peanut butter yg suka kuih lemau macam ni boleh la cuba ye. Cepat, sekejap je dah siap ^_^. 

Flourless Peanut Butter Cookies
Sumber: Allrecipes

1 cup peanut butter
1 cup castor sugar - I put 1/3 cup
1 egg

Campur semua bahan & gaul sebati. Alaskan baking tray dgn baking sheet/tracing paper. Letak satu sudu adunan atas baking tray. Buat sehingga habis. Bakar cookies pada suhu 175C selama 8 minit.

My suggestion:
Maybe next time nak try letak choc chips, nuts sikit & tambah emplex utk bagi dia crunchy.



4 comments:

  1. kak gerau sangat teruja tengok kek marble trio tu... dalam N3 sebelum ni.

    ReplyDelete
  2. hehe.... good2x, berjaya gak ku goda... dpt la bang badang & kentang mkn kek nnt heh...

    ReplyDelete
  3. along.. uda nak pindah sebelah rumah alonglah camni... :) dpt bau pun jadik la.. issshhh rajin tul lal along uda nih...

    ReplyDelete
  4. uda cayanggg... mai la dok sebelah ;) tp i warn u dulu ye... rajin along ni bermusim gak tau!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...