Tuesday, July 13, 2010

Yogurt Chiffon Cake


Alhamdulillah... akhirnya tercapai cita2 nak makan kek chiffon homemade ^_^ malam tadi. Asalnya nak try resepi mamafami yg Maz promote kat blog dia or resepi cik mat gebu yg Izah dah cuba. Tapi, ternampak resepi yani yg lebih ringkas bahannya ni, maka I cuba buat yg ni dulu. Ye la... incase x menjadi, x la membazir nanti. Alhamdulillah menjadi... cuma hubby kata kurang manis but to me ok je. Mmm... mungkin kalau letak yogurt berperisa dah tak perlu tambah gula. Apa2 pun lembut, moist & spongy kek ni. Wangi je bau lemon. Colour nya pon sweet & menarik. I like! Definitely a keeper. Cuma next time buat nak kena double the recipe sbb loyang yg I ada besar. Maka kek yg I buat ni agak rendah la jadinya. Ok, ni resepi yang I copy dr blog Yani. Thanks Yani utk resepi yang mudah & sedap ni ;).


YOGURT CHIFFON CAKE
Sumber: Yani

4 biji telur
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder
Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.

1 comment:

  1. rajinnya ain buat kek...nampak gebu tu..mesti sedap ni..rasa sikit boleh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...