Monday, July 19, 2010

Ikan Pari Masak Hijau


Menu lunch semalam. Teruja nak try bila nampak K.Nor & Ayu punya sbb sebelum ni pernah makan ikan pari goreng tepung, dicurah dgn sos macam sos 3 rasa somewhere dekat Crystal Bay, Umbai kalau x silap... ingat2 lupa nama tempat tu sbb pegi dah mlm x nampak sign board. Sangat sedap ikan pari goreng celup tepung tu. Ok back to lauk ni, I agak kemalasan semlm so mmg xde lauk lain dimasak cuma lauk ni semata-,ata tapi ninja2 tu makan bertambah. Hubby pon sama... sekali sekala makan lauk macam ni, pekena lak dgn nasi panas2, berulam kan pulak timun dgn sambal belacan, syiokk habisss..  I tiru K.Nor, tambah cili padi & lada hijau tumbuk kasar. Resepi dr Ayu yang I copy dr K.Nor. Terima kasih both.

IKAN PARI MASAK HIJAU

(resipi ambil kat dapur Ayu)

2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)

Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Sources:-From a cooking programme in suria channel

2 comments:

  1. haishhh... now u got me drooling n craving

    ReplyDelete
  2. KOG - go, go, go into the kitchen & cook, let go ur craving ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...