Monday, July 19, 2010

Puding Roti Marble

 

Buat puding roti ni sebab nak habiskan 3 keping roti yang dah berapa hari tak usik. Biasa roti kat rumah ni, kalau 3rd day bila dia keras sket... mula la x laku... jgn katakan budak, mak pak budak pon dah x berapa nak pandang. Ye la nak cicahkan air pon roti tu tetap terasa kurang ... macam kering je. Thanks to Chik Mi yang dok tayang puding roti dia hari tu, dapat gak kita ilham nak menghabiskan roti ni sebelum expired. Cuma I letak milo instead of choc emulco. Sedappp... manis pon sedang2 aje, kena la dgn tekak ni. Memang laku sgt la sebab makanan sejuk kat tekak ni, mmg favourite cik abang I. Selamaattt dr pembaziran. Thanks gak kat Hana, tuan punya resepi ;)

PUDING ROTI MARBLE
Sumber: Hana

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)
 
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

5 comments:

  1. waduhhhhhh semua olang buat puding nih cantik2 bangett! mintak sketttt!

    ReplyDelete
  2. haip... x boleh, x cukup ni... dah pi main jauh2 ;)

    ReplyDelete
  3. camne buat bunge2 tu? lawooooooooonyeeeeeee... camne?camne? saya pun dah bape kali buat puding ni..tak penah jemu..gemuk puding je tau..agaknya dah 47 kali kot..ngahahaa

    ReplyDelete
  4. salam,

    makan puding ni kalo mase berbuka posa nanti lg best hehe..

    ReplyDelete
  5. salam, ain...tanya sikit, cam ne buat bunga tu, cantiknya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...