Saturday, July 31, 2010

Colek Ikan Tenggiri


Menu berbuka hari selasa. Puas dok pikir nak masak apa ikan ni, asam pedas... semalamnya mak dah rasa yg mak masak, goreng berkuah air asam dah selalu. Ronda-ronda blog Secubit Garam berkenan la pulak resepi yg satu ni. Nak2 acap kali K.Nor dah buat. Lagi pun simple nya... tapi alhamdulillah sedap mmg kena sgt la dgn tekak cik abang & anak bujang I yg berdua tu. Menu simple ni, biasanya I gandingkan dgn yg simple2 jugak supaya x diover shadow oleh menu yg lebih glamour... mmg kena sgt la dgn telur dadar cencaluk & ulam timun sambal belacan & my fav tumis tempe. Bertambah2 nasi masing2. Akan jadi menu pembangkit selera sahur kami ni, definitely! Tq K.Nor. Dan dessertnya, as per requested by dear hubby la..  Pisang Bali. Nasib baik puasa, x la rasa guilty sgt intake carbo berlebihan ;)
      
COLEK IKAN TENGGIRI by Zaliana MyR

4 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan (bakar sikit)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar/ daun limau purut/daun saderi (hiris)

Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)
Campurkan air masak, cili, garam, gula, belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.
Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

1 comment:

  1. Salam ain...
    saya tergodalah dengan ikan colek ni... saya minta izin copy resepinya ye.... nak try!!! hihihi teruja ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...