Friday, July 30, 2010

Udang Wangi


Cooked this for berbuka on monday. Resepi dapat dr fp k.rinn. Tapi my version ikut dan je la... masak pon lepas balik keje nak cepat, xde daun kari ganti daun ketumbar, udang kering x rendam, udang basah pon x sempat dah nak belah2 belakang. main lebur je masuk kuali ;)

UDANG WANGI
Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib

300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...