Friday, July 9, 2010

Sambal Udang Malbari

Hirup sup uri untuk kekal cantik? Anda sanggup? I tak rela u, biar la muka kedut seribu pon xpe. Tajuk frontpage Metro hari ni. Eeeii ... geli geleman dengar. Punya la taksub nak kekal cantik, sanggup dorang2 ni ikut ajaran songsang. Yang makan uri bayi sendiri pon jugak. Tak masuk akal betul lah! Macam2 perangai manusia akhir zaman ni.


Ini menu berbuka Isnin baru2 ni. Baru sekarang nak update sebab 2-3 hari ni internet menyakitkan jiwa jer. Berbalik kpd lauk ni, sedaplah, I like! Tak sia-sia mencuba. Tambah2 I masukkan daun ketumbar, wangi & bertambah sedap sambalnya tu. Memang suka aroma daun ketumbar nih. En. hubby & anak2 pon suka. Puas hati betul berbuka hari tu. Terima kasih to Kak Ummi yg berkongsi resepi tapi I copy resepi ni dr blog Ayu. Thanks to u gak Ayu, for promoting. I x letak pon biji sawi coz xde stok.

SAMBAL UDANG MALBARI
Sumber: Kak B @ http://sinful4688.blogspot.com/

1 kg udang - dibuang kulit dan dibelah belakang dan bersihkan.
3 sudu teh rempah kari ikan
2 sudu teh biji sawi
2 biji bawang besar - dadu
2 senduk besar cili giling
1 sudu makan tomato puree
2 biji tomato - belah 4
daun kari
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Gaul udang dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Goreng udang sekejap dan angkat. Ketepikan. Panaskan minyak lain, tumis bawang besar bersama serbuk kari, biji sawi dan daun kari. Masukkan cili giling dan tumis hingga garing. Masukkan tomato puree, garam dan gula. Masak hingga naik minyak dan masukkan udang tadi. Gaul rata dan biarkan pekat sikit. Akhir sekali masukkan tomato, tutup api.


No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...