Monday, July 12, 2010

Strawberry Chantilly


Dessert utk berbuka hari sabtu ;) Sedappp... cuma kes malas nak timbang & nak cepat, terlebih gelatin utk puri strawberry tu, kalau dpt yg goyang2 cam K. Ummi & Maz mmm... bertambah2 la sedap nya. Thanks K. Ummi... share resepi dessert yg ada kelasss nih! Lain kali boleh cuba dgn buah lain pulak. Resepi copy dr K.Ummi ye.

STRAWBERRY CHANTILLY
(Adaptasi dari Majalah SAJI dan diubahsuai caranya)

Bahan Lapisan A:-
100 gm puri strawberi (*akak kisar 10 biji strawberi)
20 gm gula kastor
10 gm serbuk gelatin
50 ml air panas

Bahan Lapisan B:-
100 gm gula kastor (*akak letak 80 gm jek)
2 biji kuning telor
200 gm krim putar (whipping cream)
7 gm gelatin (dibancuh dengan 3 sb. air panas, kacau larut dan ketepikan)

Bahan Lapisan C:-
200 gm buah strawberi (*akak letak 20 bj yg sedang2 saiznya) - dikisar dgn sedikit air saja, jadikan puri.


Lapisan A: -Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul2.
Dalam mangkuk lain, kisar buah strawberi bersama gula dan jadikan puri. Ketepikan.
Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul-ketul.
Terus tuangkan ke dalam buah strawberi tadi...kacau sebati.

Lapisan B:- Dalam mangkuk lain, putar gula dan kuning telor hingga sebati.
Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi.
Bancuh gelatin seperti cara di atas dan tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
Sediakan mangkuk dessert yang sesuai dan tuangkan 1/4 cawan lapisan A.
Kemudian perlahan-lahan letakkan pula 1/4 cawan lapisan B.

Akhir sekali, letakkan 2 sudu besar bahan lapisan C.
Sejukkan di dalam fridge dan hidangan dengan hiasan potongan buah strawberi.


My note: Boleh letak sedikit esen vanila utk lapisan B utk mengurangkan bau telur

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...