Tuesday, March 29, 2011

Ayam Madu Sticky


Ni menu hari rabu lepas utk lunch kanak-kanak ribena kat rumah tu. Dah lama dok jeling-jeling ayam sticky ni .. hari tu buat nasi ayam, saja la tukar selera buat ayam sticky  ni pulak. Suka pulak budak-budak tu layan nasi ayam dengan ayam mcm ni ... tak habis-habis dok puji & suruh buat lagi. Tq Hana. Tuan punya resepi dah selamat pon sampai Malaysia rasanya. 

RESEPI AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

4 comments:

  1. perhhh..cantiknya ayam tu berposing...
    meh seketoi..

    ReplyDelete
  2. Salam Ain...waaah nampak melekit2 ayam tuh..menggoda tekak akak tul....mintak 3 ketuii, wat lunch 3 beranak nnt..ok?

    ReplyDelete
  3. Assalam ain,
    memang nampak sticky betul ayam ni..sedap buat ratah2 kalau kasi kat akak..hehe

    ReplyDelete
  4. mas, k.ummi & k.ayu:
    mmg best kan. senang lak tu, gaul2 masuk kuali, balik2an, siapp!! u all dah lama buat ... kita jer yg terhegeh2 cam siput .. hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...