Pusing-pusing ... minyak habis segelen. ^_^ Ni program cuti sekolah hari tu. My ninjas balik kg. Hari Jumaat tu, hubby & I cuti balik kg nak ambil dorang. Haziq request nak gi Muzium sekitar bandar Melaka. Not sure siapa yg bg dia idea nak ke muzium ni ... puas dok bagi option lain ... zoo melaka la, taman buaya .. muzium gak yg dia teringin nak pegi.
Payah nor nak cari parking, we just parked dekat2 jln area Jonker Walk, nasib.. x dapat surat cinta ...
On the way nak ke Bangunan Stadthuys tu, singgah pekena cendol sat ...
The kids enjoying their cendol ... next to us, ada couple cikgu pakcik makcik dr Ipoh kalau x silap, rajin melayan .. dok bagi teka-teki kat bebudak ni. Tersengih-sengih le masing-masing sbb tak tau jawab.
Sambil makan, tengok bot yg lalu tepi sungai ... kalau malam lagi cantik, meriah dgn lampu. Habis makan cendol, we headed straight to Muzium Samudera. I guess ... teringat kat kapal ni la, punca Haziq sibuk sgt nak masuk muzium. Curious kot nak tau, apa ada kat dalam kapal besar ni.
Dengan harga tiket dewasa RM3, kanak-kanak RM1, dapat masuk 2 muzium. Ok la, Haziq pon cukup puas hati dapat naik kapal ;P Malas nak ambil gambar. Ni jer yg sempat hubby snap. Then we all pusing balik ke arah Bangunan Stadthuys, nak gi muzium kat that area.
Terserempak pakcik beca. Sekitar bandar hilir ni memang banyak beca ... hiasannya pon meriah-meriah ... Hubby excited lak nak test skill capture moving object. Luckily cuaca x panas, sedap-sedap jer utk makan angin ;) .. Pulak tu, lalu satu beca pasang lagu dondang sayang kuat gak ... memang ngam la dgn the surrounding ... haha ... feeling u ... rasa cam citer P.Ramlee!
Ada beberapa buah muzium di sekitar Bangunan Stadthuys ni >> Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Tiket untuk masuk muzium kat sini, dewasa RM5, kanak-kanak RM2. Hubby & I ... x larat dah, letih menapak naik bukit, nampak sangat x fit & jarang exercise ... hehe.. budak2 tu je yg excited melawat semua ...
We all melawat gak A'Famosa since letaknya sebelah Muzium Yang Di-Pertua Negeri jer.
Lepas A'Famosa, masing-masing dah bersungut kelaparan .. Mau x nya.. dok lari2 turun naik bukit merata. Memula ingat nak gi Umbai makan ikan bakar, tapi tengok budak2 ni macam dah x sabar, kami makan kat Mc D @ Dataran Pahlawan je. Hajat hati nak bawa dorang naik Menara Taming Sari lepas tu x kesampaian sebab hujan dah turun.
seronoklah anak dpt jalan2 ehh...
ReplyDeletelama betul akak tak jejak ke melaka ni... mesti byk perubahan kat sana...
wahh rindunya melaka tgk gambar ni terkenang masa dok study kat melaka thn 2001-2004 dulu..lama dh tak ke sana.
ReplyDeleteMck pernah p melaka 2x, dapat rasa food kat Jonker St tu, sempat lawat sedara mara sang buaya and sempatlah naik boat masa malam...nice. Yg lain tak sempat..or rather anak2 mck yg dah besaq panjang ni kurang minat nak ke " tpt sejarah"....syok kan masa anak masih kecik n pastinya kita pon masih muda waktu itu.....hmmmmmm
ReplyDeletediana pun rindu gak kat Melaka nie... huhuuu.. tgk lg cendol tu... bertambah ler rindu nya... kalau pekena asam pedas melaka lg... hehehehe... x yah cakap ler kan.. memang best!
ReplyDeletemadiha:
ReplyDeletejom2 mai melaka ... tgk apa yg dah berubah kak! ;)
nieza:
oo.. niza study kat melaka eh.. lama tu.. x dtg, mmg dh byk yg berubah
makcik:
xtau plak ada sedara spesel eh kat sini ... hihi
diana:
kalau dah rindu, mai la dtg lagi kg kita ni ;)