Tuesday, March 15, 2011

Daifuku & Ichigo Daifuku


Dari semalam dok pikir ... di kala Jepun dilanda tsunami, i lak rancak dok wat Japanese food kat sini. Tu yang nak letak entry ni dok tertangguh jer. Syukur alhamdulillah kita kat Malaysia ni tak mengalami bencana yang sedemikian rupa. Tak dapat nak bayangkan macamana la ketakutan mereka2 yg berada di sana. Actually mochi ni buat pada hari yg sama buat sushi, request dr my sister la >> Cik Wa. According to her dah serupa rasanya macam yg dia makan before (imported from Japan - adik lelaki I bawa balik). Katanya lagi, that day dia makan, yg sejuk2 from fridge pon best gak. Jadi I try ler letak dlm fridge, then bila nak makan, keras la pulak kuih tu, dah dibiarkan sejuk kat luar pun x lembut2. Mmm... nak kena menuntut dengan org nihon la gamaknya ni.


Anyway... selepas dah merasa daifuku buatan sendiri ni, mmg I jatuh cinta lak dgn rasanya .. especially the one with strawberry (Ichigo) ... best! Patut la Cik Wa suka sangat. Texture kuih Jepun ni liat2 sket macam buah melaka (patut pon kami suka >-<) ... sbb guna tepung pulut kan. Resepi copy dr blog Hanamemories. Alhamdulillah, hana & famili nya selamat dr bencana tsunami ... dan semoga dia sekeluarga selamat kembali ke Malaysia. Cara nak buat, boleh refer video kat sini. Simple sangat-sangat.


DAIFUKU
(Sumber: Hanamemories)

Bahan-bahan
  • 160g inti kacang merah
  • 100g mochiko@shiratama ko (glutinous rice flour)
  • 2 sudu makan gula
  • 120ml air - resepi asal 100ml
  • 8 biji strawberry kecil - utk ichigo daifuku
  • tepung katakuriko - for dusting (tepung kentang / potato starch)
Cara-cara
  • Bulatkan2 inti kacang merah dalam 20g setiap satu. Masukkan skali strawberi jika ingin membuat ichigo daifuku. Ketepikan.
  • Satukan tepung mochi, gula dan air. Kacau rata. Jika ingin buh pewarna atau perasa cam matcha atau sebagainyer bleh letak masa nih.
  • Panaskan kukusan. Kukus adunan tepung tadi lebih kurang 15min.
  • Sediakan dulang.Lapikkan dengan oven paper. Taburkan tepung katakuriko.
  • Apabila tepung mochi dah masak.Angkat dari kukusan dan tuang di atas tepung katakuriko tadi.
  • Ambil sedikit tepung katakuriko di tangan anda agar tidak melekat semasa proses membentukkan daifuku.
  • Proses nih kene berhati2 sbb adunan masih panas. Bahagikan kepada 6-8. Ambil satu, masukkan inti kacang merah dan stoberi tadi dan tutup kemas. Sapukan lebihan tepung katakuriko menggunakan berus.
  • Buat sehingga habis dan siap utk dihidang.


Ni kerja Hafiy la ni ... masa org dok snap mochi, sibuk la dia ambil ladybird ni suh posing sama ... haha ;P

2 comments:

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...